Warna Pakaian Cermin Personaliti Lelaki

MERAH / RED

Lelaki yang gemar memakai pakaian warna ini melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya di khalayak ramai dan golongan ini juga turut dikatakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi.

MERAH JAMBU / PINK

Lelaki yang suka mengenakan pakaian berwarna merah jambu selalu dikaitkan dengan Mat Jambu ? Kalau ada pasangan anda yang suka pakai warna ini, mungkin dia mahu mencerminkan sikap yang bagus, tenang dan mempunyai kesihatan yang baik. Tapi tidak semuanya tepat !

HITAM / BLACK

Biasanya lelaki yang suka warna ini adalah seorang yang gemar bergaya elegan, mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling yang berpengaruh. Kalau warna ini dikenakan dengan kemas ia membayangkan imej yang rapi, ringkas tapi versatil ! Tapi, lelaki yang suka memakai baju berwarna hitam juga dikatakan seorang yang suka mementingkan diri sendiri dan tidak suka dikawal oleh sesiapapun.

PUTIH / WHITE

Pakaian putih memberi maksud bersi, suci dan tidak tercemar. Ada juga pendapat yang mengatakan warni ini mencerminkan si pemakainya mempunyai status sosial yang tinggi kerana ia nampak mahal dan mungkin juga warna putih yang sukar dijaga.

BIRU / BLUE

Warna ini menegaskan sikap pemakai yang boleh dipercayai dan mudah mesra. Warna ini boleh mengubah penampilan si pemakainya kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnya ! Lelaki yang suka menggayakan warna ini juga dikatakan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak suka bergaduh dan sanggup lakukan apa sahaja untuk pasangannya.

KUNING / YELLOW

Amat merangsang visual dan pemikiran. Lelaki yang gemar memakai warna ini dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik dan yakin terhadap kerjaya serta mempunyai masa depan yang cerah.

HIJAU / GREEN

Lelaki yang selalu memilih warna ini sebenarnya seorang yang bersikap tenang dan relaks dalam apa jua keadaan. Mereka juga tidak mudah melatah dan marah apabila berdepan masalah, malah dikatakan bijak mengendalikan hal-hal kewangan.

COKLAT / BROWN

Warna ini pernah dikaitkan dengan aya yang tidak formal suatu masa dahulu, tapi sekarang tidak lagi ! Ianya menjadi warna alternatif untuk ke pejabat selain warna hitam, putih dan kelabu. Lelaki yang suka memakai pakaian berwarna coklat adalah seorang yang penyabar, tidak suka cakap besar, matang dan bertanggungjawab di samping selalu menrendah diri.

KELABU / GRAY

Warna kelabu mudah disuai padankan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisien, bijaksana dan tegas ! Tapi, golongan ini turut dikatakan tidak pandai membuat keputusan.

BURGUNDY

Dikaitkan dengan 'passion' dan semangat yang tinggi, ia juga turut dianggap warna yang mewakili status tinggi serta lambang kemewahan.

Comments