Jom Buat Kek Chocolate Moist Ringkas
Assalamualaikum semua.. Korang pernah makan tak Kek Chocolate Moist jenama Anis ? alaa kek yang orang jual kat kaunter petronas tu, yang ada gambar pompuan pakai tudung sambil pegang sudu tu. Sedap tau kek tu. Hari ni alif nak tunjukkan cara membuat kek chocolate moist, maklumlah setelah sekian lama meninggalkan dapur MPV di SMK Jenagor. Rasa rindu pulak dekat dapur MPV dan leteran Cikgu Rosmawati Yahya. Ok, jom buat kek !!
BAHAN-BAHAN
Bahan A
240gm Gula
240gm Serbuk Koko
250ml Susu Pekat
250ml Minyak Masak
250ml Air
Bahan B
120gm Tepung Gandum ( diayak )
1/2 Sudu Teh Soda Birkabonat ( diayak )
2 Biji Telur
Bahan Topping
250ml Minyak Masak
250ml Susu Pekat
120gm Serbuk Koko
BAHAN-BAHAN
Bahan A
240gm Gula
240gm Serbuk Koko
250ml Susu Pekat
250ml Minyak Masak
250ml Air
Bahan B
120gm Tepung Gandum ( diayak )
1/2 Sudu Teh Soda Birkabonat ( diayak )
2 Biji Telur
Bahan Topping
250ml Minyak Masak
250ml Susu Pekat
120gm Serbuk Koko
CARA MEMASAK
1. Masuk kesemua bahan A di atas api sederhana hingga gula larut
2. Pecahkan telur di dalam bekas yang berasingan, kemudian masukkan ke dalam bancuhan A.
3. Biarkan masak seketika hingga sebati.
4. Akhir sekali masukkan campuran tepung dan soda birkabonat. Gaulkan sehingga sebati.
5. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
Tengah masak
Dah masak !!
6. Untuk toppingnya, satukan kesemua bahan dan masak di atas api hingga sebati dan pekat.
7. Apabila pekat, tuangkan ke atas kek yang sudah disejukkan.
Ready for topping !!
Topping cakar ayam !!
8. Sedia dinikmati !!
Sedap tau !!
Selamat mencuba.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesy nak try... hahah simple n bhn2 pn senang nak dapat.
ReplyDeleteye, memang kena try :)
Delete