Petua Elak Lapar Ketika Diet
Assalamualaikum semua.. Hari ni alif nak share tip diet. Semasa berdiet, rasa lapar merupakan masalah yang paling utama. Jika tidak mampu dielak, ia boleh menyebabkan korang mengambil makanan dalam kualiti yang banyak supaya mendapatkan rasa kenyang. Hasilnya, aktiviti diet yang dilakukan pasti gagal seterusnya menyebabkan korang bertambah montel. Oleh sebab itulah perlunya ada cara yang sangat mudah bagi menhalang rasa lapar yang dirasai semasa berdiet. Berikut merupakan beberapa tip untuk korang yang boleh dipraktikan :
KERAP MINUM AIR PUTIH
Bagi mengelakkan rasa lapar, korang perlu amalkan minum segelas air putih setiap jam. Kebiasaan seperti ini sangat membantu bagi mengeluarkan toksik di dalam tubuh badan sekalis gus memberikan rasa kenyang. Akhirnya, tubuh badan korang akan terhidrasi dengan baik seterusnya membuatkan badan korang kembali sihat dan bertenaga.

LETAK KAYU MANIS DALAM MASAKAN
Adakah korang tahu bahawa kayu manis merupakan rempah yang sihat dan bermanfaat diletakkan di dalam masakan. Secara tidak lansung, ia berfungsi bagi menstabilkan gula dalam darah sekali gus melambatkan proses pencernaan. Keputusannya, korang akan kenyang lebih lama.

MAKAN DENGAN PERLAHAN
Makan pada kadar yang cepat membuatkan makanan yang ditelan tidak mampu dicerna dengan baik. Oleh itu, makanlah pada kadar yang lambat atau sederhana. Ia menyebabkan proses pencernaan berlangsung dengan sempurna malah dalam yang sama menyebabkan korang berasa kenyang dan selesa.

AMALKAN MAKAN BUAH
Ramai mengetahui bahawa buah amat elok untuk kesihatan. Tapi ada antaranya suka mengambil langkah mudah dengan meminum jusnya sahaja. Antara minum dengan mengunyah, adalah lebih bagus makan buah asli yang telah siap dipotong. Langkah ini dikatakan berupaya membuatkan seseorang itu berasa kenyang lebih lama.

KURANGKAN GULA
Mungkin masih ramai yang tidak sedar bahawa gula mampu membuatkan seseorang itu berasa lapar dan kenyang pada satu masa yang singkat. Ketika tekanan darah menurun, korang mudah berasa lapar. Langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.

PENGAMBILAN SERAT YANG BANYAK
Serat merupakan makanan yang paling lama untuk dihadam. Disebabkan itulah korang disarangkan mengambil serat semasa sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Pada masa yang sama, ia juga elok untuk kesihatan pencernaan korang.

PEMGAMBILAN KOPI ATAU TEH
Teh atau kopi merupakan minuman yang bagus diambil supaya mengurangkan rasa lapar. Lebih bagus sekiranya ia disertakan bersama jumlah gula yang sedikit. Seterusnya, teh juga dikatakan berupaya meningkatkan tahap kesihatan tubuh secara keseluruhan.

MAKAN DALAM KUANTITI YANG SEDIKIT
Tidak salah makan tiga kali sehari tetapi cubalah ambil makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit. Pola makanan berikut dipercayai sangat membantu untuk menjaga paras gula dalam darah sekali gus mengelakkan kita dari rasa lapar sepanjang hari.

Comments
Post a Comment