S.A.H.A.B.A.T

Sungguh kuat makna sahabat dalam hati ini
Hingga aku rindu akan mereka
Sungguhpun kenangan itu sudah lama berlalu
Tapi ingatan ini masih mengingatimu
Mereka mengajar aku erti persahabatan
Meraka mengajar aku erti kerinduan
Meraka membuat aku menangis merindui sahabat



Kau Sahabat Kau Teman - Hijjaz

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah, tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati


Doa untuk mu sahabat
Ya Allah
Panjangkanlah umur sahabatku
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman
Tetapkanlah hatinya
Perluaskanlah rezekinya
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan
Jauhkanlah hatinya dari kejahatan
Tunaikanlah hajatnya yang baik
Hajat dalam agama, dunia dan akhirat

Comments

  1. Suka lagu ni! Btw, follow sini. Nice blog :)
    http://inibelogceritaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. rindu waktu duk asrama kat sekolah. 24 jam ngan kawan2...huhu

    ReplyDelete

Post a Comment